img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Friday, December 3, 2010

~Rapunzel dan Ngangkung~

Salam.

Dua filem pilihan semasa movie marathon minggu lepas adalah filem Rapunzel (3D) dan Ngangkung.

Rapunzel (3D)


 
Satu je perkataan untuk movie ni. Awesome! Disebabkan tengok 3D, dia punya excited lain macam. So, pasang harapan movie ni mesti best dan ternyata sangkaanku benar belaka. Watak-watak dan dialog yang kelakar, effect yang dah confirm cantik, ditambah pulak dengan lagu-lagu yang sesuai dengan situasi. Terbuai-buai dengan melodi lagu tu. 



Ceritanya berkisar mengenai puteri raja yang diculik sebab mempunyai rambut sakti. Dek takut puteri tersebut dijumpai, puteri tu ditempatkan di dalam sebuah mahligai yang tingiiiii punya. Bila besar, rambut pun turut panjang sampai dah boleh gantikan tangga. Then, adalah pengembangan cerita daripada cerita dongeng asal yang kita dengar masa kecik-kecik dulu. Nak tau, saksikan sendiri di pawagam atau download saja dari internet. hehe.

Ngangkung



Minggu pertama tayangan dah cecah kutipan RM 3 Juta, mengalahkan pungutan filem Adnan Sempit. Mana tak pecah panggung, masa saya tengok pon, hampir full house untuk dewan tayangan yang cukup besar. Pada saya, kalau yang expect filem ni boleh bagi pecah perut sebab ketawa banyak sangat, emmmm boleh lah. Tak semua adegan kelakar. Tapi, mana part yang kelakar tu, memang kelakar habis!


Apa yang saya suka pasal movie ni sebab banyak pengajaran yang boleh diambil bagi yang berfikir =) Isu gugurkan kandungan, pinjam duit kat ceti haram, berjudi nombor ekor ada dipaparkan dalam movie ni. So, bukan movie kosong lah. Tak membazir RM 11 =)

Tapi kecewa dengan watak Shaheizy Sam sebab dalam filem ni dia ala-ala serius. Tapi kadang-kadang keluar jugak muka seposen dia yang boleh buatkan orang gelak hehe. Watak yang lain pun boleh diberi pujian. Macam Angah Raja Lawak. So comelll!
Okeh, itulah review untuk dua filem yang saya tengok baru-baru ni. Nak tau cerita lanjut, gagahkan kaki ke pawagam yang berdekatan. Selamat menonton =)

*Bakal berlaku kebanjiran filem 3D sikit masa lagi*

3 comments:

  1. Nanti tengok rapunzel plak.. Tapi ngangkung bagi saye terbaek jugaklah.. Memang banyak mesej.. Kelakar pecah perot.. Tapi tu laa.. Shaheizy muka toya jeh ngan mulut menjuih.. Huhu..

    ReplyDelete
  2. ish best sgt ke cite ngangkung tu kak???
    kata nye lawak..

    ReplyDelete
  3. tak tgok lagi rapunzel..uhuk..nak sgt tengok!!

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~