img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, November 2, 2010

~Pengajaran Tentang Cinta~

Salam.

Sabtu yang lepas, ditakdirkan berbual dengan seorang wanita yang saya panggil kakak. Berbual punya berbual, tiba-tiba masuk dalam topik cinta dan jodoh. Al maklumlah,wanita yang dah berkeluarga ni suka bagi tips percintaan dan rumahtangga hehe.

Antara nasihat yang diturunkan, bercinta tak perlulah lama-lama. Berjumpa juga jangan selalu. Rasionalnya? Bila bercinta terlalu lama dan kerap pula berjumpa, dah pasti cerita tentang diri kita dan diri pasangan dibicarakan. Cerita zaman kanak-kanak, bawak ke zaman dewasa semua dah cerita. Bila dah kahwin, dah tak tau nak cerita apa. Hemmm, boleh diterima tak? Ada kebenarannya.

Lagi  nasihat tentang cinta, cinta boleh dipupuk bila dah kahwin. Tak perlu kenal hati budi lama sangat. Dah ada rezeki, lagi elok dipercepatkan urusan membina masjid. Mungkin ada yang tak sedar, bila seseorang itu kahwin, rezekinya makin dilapangkan oleh Allah. Its true, indeed! Lagipun, bercinta sesudah ada ikatan adalah lebih manis dan pastinya diberkati Allah.


Nasihat yang dititipkan oleh kakak yang peramah tu semua tepat. Sama saja nasihatnya dengan ibu saya, dan ibu anda juga =D Dalam 10 orang, tak keterlaluan untuk saya katakan 9 daripadanya pernah buat silap dalam bercinta. Tak kisahlah, salah pilih pasangan ke, cinta monyet ke, cinta tak berapa nak cinta ke, dan macam-macam lagi. Itu semua pengajaran. Mungkin ada yang mengambil masa sekejap cuma untuk membalut luka di hati, tak kurang juga yang ambil masa bertahun-tahun lamanya. Terpulang. Yang penting, kesilapan cinta masa lalu, tak perlu diulang untuk kisah cinta yang baru. 

Kakak, terima kasih untuk nasihat yang berguna itu =)

*November dan Disember, bulan yang penuh dengan kenduri kendara =D *

12 comments:

  1. I like.. Heehee.. Betul gak.. Kalau sume dah cite, pas kawen nak cite ape ek.. Takkan main pondok2 kot.. Hee.. :p

    ReplyDelete
  2. @FarhanaDr:
    Kan?
    Nak main kahwin2, dah kahwin dah..
    main masak2 la pulak kot hahaha

    ReplyDelete
  3. iyeke xperlu kenal hati budi emmasing?aku rasa perlu...enthlah

    ReplyDelete
  4. sy sokong nasihat kak itu...thn depan kawin..weeee

    ReplyDelete
  5. kenal hati budi dulu. pastu x perlu lama sangat kawen la..hehe

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..
    saya sangat setuju dgn kata2 kakak tersebut...cinta selepas kahwin lebih indah sebenarnya :)

    ReplyDelete
  7. fanaaaa..setuju!! aku dgn tunang kenal 5 bulan je..pastu buat keputusan nk tunang..Insya Allah bulan 2 2011 kawin.Insya Allah..kalau betul syg.. jgn risau kawin awal..;)

    ReplyDelete
  8. @ARC:
    Perlu..Tapi tak perlu sampai bertahun2 lamanya =D

    @Merahitujambu:
    Tahun depan nak kawen?
    I like =D

    ReplyDelete
  9. @AtieAbid:
    Yessss..tepat sekali =)

    @Amal:
    Amalkan ya hehehe

    ReplyDelete
  10. @Bunga:
    Kan? Lebih diberkati...
    Nak buat apa pun, orang tak mengata

    @Moon:
    Moonnn...thx 4 drop by here =)
    Ye ke...xsangka..
    Contoh yang baik nih...
    Didoakan ko & tunang bahagia selamanya =D

    ReplyDelete
  11. ermmmm smua betul pasal nasihat tue.. ye ada yg kata kite perlu knal hati budi sebelum langkah ke alam perkahwinan. tp rasenye tak perlu laa nk kenal hati budi sampai bertahun-tahun yang kalu da kawen da bole dapat 2 anak kan? ehehehehe ape pon, semoga ketemu jodoh yang baek dan kite pon kena usaha jd yang terbaek utk bakal jodoh kite.. itu yang penting kan!
    btw, salam ziarah...blogwalkig and tetibe terminat plak. kui kui kui =)

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~