img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, November 9, 2010

~Bulan Zulhijjah Kembali Lagi~

Salam.

Terleka betul dengan urusan dunia. Baru tadi tersedar sekarang dah masuk bulan Zulhijjah. Banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan bila tibanya bulan Zulhijjah. Kemuncak bulan zulhijjah seperti mana yang kita tahu adalah amalan naik haji dan juga perayaan hari raya korban. Tapi haji bukan amalan sunat ya. Ianya amalan yang diwajibkan pada yang mampu.

 Gambar dari Google.

So, sekadar berkongsi fadhillat di bulan zulhijjah:
“Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah”
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai ‘Arafah’ (Hari ketahui).
Petikan fadhillat tersebut diambil dari blog ini.

Jom puasa sunat! =)

*Bukan susah nak kumpul pahala. Bukan susah juga nak kumpul dosa*

2 comments:

~Ekspresi Anda~