img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, September 26, 2010

~Filem Magika Yang Best! ~

Salam =)



Apa perasaan anda bila masuk dalam dunia dongeng yang penuh dengan watak-watak cerita dahulu kala macam Pak Pandir, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, dan banyak lagi. Mesti cuak kan? Tapi bila jumpa Badang yang handsome lagi gagah perkasa, mesti tak nak balik dunia nyata. Hahaha.

Orait, itu adalah sebahagian sinopsis filem Magika. Sebuah filem muzikal arahan Edry KRU. Masa mula-mula diberitakan akan keluar filem ini, saya antara yang excited sebab filem-filem arahan adik beradik KRU ni selalunya tak mengecewakan.Awalnya nak tayangkan awal tahun tak silap.Lepas tu, tunda pulak bulan September. Tapi tak pe, jangan gusar jangan sedih. Filem tersebut telah pun di pawagam yang berdekatan dengan anda 23 September yang lepas.

Hari Jumaat lepas kerja terus berjalan pergi Pavilion dengan penuh semangat. Tiket dah book sejak hari khamis. Suasana sekitar tempat beli tiket tak sibuk macam Times Square dan Mid Valley [tempat yang super duper sibuk]. Masuk dalam dewan tayangan pun, saya dan Yatt orang yang pertama haha. So sempat la cam whore =))








Tengokkkk.... Tak ramai orang pun. Mungkin sebab orang ramai baru balik kerja. But, i like suasana macam ni.



Macam saya cerita tadi, filem ni berkisar pasal kakak dan adik yang tersesat masuk alam magik dan dihuni oleh watak-watak dongeng dahulu kala. Mahsuri, Puteri Bunian, Nenek Kebayan, Pak Pandir, Mak Andeh, Bawang Putih Bawang Merah, Badang, dan banyak lagi lah. Di samping cerita, terselit jugak lagu-lagu [ala-ala filem hindustan]. Dah nama pun filem muzikal. Ada lagu yang best, lawak, sedih. Kadang-kadang boleh pecah gelak sebab lagu je. Haha.



 Ziana Zain sebagai Nenek Kebayan. Sempoi je watak dia ni.


 Diana [Ayu] dan Mawi [Badang]


 Maya, sebagai Puteri Bunian

Bukan senang nak tengok nama-nama popular berlakon dalam satu filem. Dalam Magika, nama-nama besar macam Ziana Zain, Aznil Nawawi, Saiful Apek, Diana Danielle, Mawi, Nabil, M.Nasir, dan banyak lagi pelakon-pelakon hebat, bergabung bakat dan suara. Rasanya tak rugi tengok filem ni. Mungkin akan sedikit bosan sebab lagu yang agak banyak. Tapi, jalan cerita, teknik pencahayaan, perkembangan watak, semua tu diadun dengan baik. Tak percaya? Beli tiket, popcorn, duduk elok-elok dalam panggung, dan hayatilah filem Magika. Anda takkan menyesal! =)

Bintang: 4.5/5

*Suka watak Ziana Zain dan M.Nasir*

6 comments:

  1. kak sejak beli dlm panggung leh pakai kamera nie.
    kalo kantoi nnt cmner..
    btul ke best cite nie kak??

    ReplyDelete
  2. erh, siyes beh?
    xsuka mawi lah, ahahhaha,

    jahat kan i, abes la if fan mawi baca,
    or kmu minat mawi nh,
    :P

    ReplyDelete
  3. bestnyee wayang lengang cmtu...nk tgok gak laa.lama x tgok wayang

    ReplyDelete
  4. @Amal:
    Kamera digunakan b4 movie je..
    Da start movie, simpan dalam beg =)

    @All:
    Tengok2....
    cerita ni berbaloi untuk ditonton....

    ReplyDelete
  5. Wayang??? Waaaaa.. Lama tak msuk.. Sibuk manjang.. Tapi dh plan nk tgk ngan geng-geng minggu depan.. :)

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~