img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Wednesday, July 28, 2010

~Wahai Pak Cik Bas~

Salam...

Semenjak kerja ni, pengangkutan utama ke tempat kerja adalah bas dan monorel. Mencabar kan? Kaki pun turut sama bersenam kerana terpaksa berjalan kira-kira 5 ke 10 minit ke tempat kerja (kecoh betol!!!) Walaupun begitu, penurunan berat badan sangatlah tidak ketara kerana aktiviti makan seiring dengannya muahaha. Bila naik pengangkutan awam ni, macam-macam karenah manusia dapat kita tengok. Nanti saya akan cuba huraikan satu persatu mengikut mood rajin saya =) Untuk hari ini, ingin saya huraikan perihal pakcik/makcik/abang/kakak pemandu bas. Tapi tekanan diberikan kepada pemandu lelaki =P


Gambar diambil dari SINI


Apa perasaan anda, bila dah tunggu punya lama (walhal baru 10 minit, tp sy mengambil kira insan2 lain yang telah lama menunggu) bas, tiba-tiba pemandu bas tanpa rasa bersalah melambaikan tangannya sebagai isyarat tak mahu mengambil penumpang. Aduhaiiii. Nak kata bas penuh sangat, memang ya pun, tapi hanya di bahagian depan. Belakang masih banyakkkkk ruang untuk berdiri. 

Hello...tak ada cermin depan ke bas tu?????? (tahap emo telah memuncak). Takkan la pemandu bas tak boleh nak tengok ruang belakang melalui cermin? Itulah kegunaan cermin. Aish, orang yang tak ambil lesen pun boleh tau. Tolong la pakcik/abang..janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Fikirkan orang lain jugak Nasib baik saya tak lewat masuk pejabat. 

Penumpang bas pun satu hal, tak boleh ke kalau berganjak ke belakang? Ingat, kita guna harta awam...harta awam adalah kegunaan bersama kan....? Zahirkan perasaan bertimbang rasa dengan memberi ruang kepada orang lain untuk masuk, tak kira bas, monorel, komuter dan yang seangkatan dengannya. Ingat ya kawan-kawan, bila kita mudahkan kerja/urusan orang lain...Allah akan mudahan urusan kita berkali-kali ganda =)

Gambar diambil dari SINI


Okeh..sekian dahulu sesi ragam manusia untuk kali ini. Nak makan untuk mengurangkan tekanan muahaha. Berjumpa lagi di lain siaran. Salam =)

*Tak ada hati nak konvo T__T *

10 comments:

  1. fana... kes bas tu xpernah nak berubah.. dari bas ukm ke rapid T431, T424 sampai la ke rapid y hang naek... seme macam tu... depan penuh... belakang ada rongga2 kosong... hehe..perasaan nak balik za'ba.. tp bas kononnye di depan dah penuh smpi ke pintu..duk tercongok kat depan pusan sampai 2 jam... tu paling lama pernah tunggu bas zon 2... huhuhu... kalu cerita pasal bas.. mmg panjang... belum lg ragam2 hamba Allah dalam tu...
    p/s : tunggu cerita sal ragam manusia pulak... =p

    ReplyDelete
  2. eh, lama gila lu hilang ...
    biasalah org malaysia
    x tau adab2 ni lagi ..
    ehkekekekkee


    >>___<<

    ReplyDelete
  3. seronok melihat rakan2 dah kerja
    chaiyok !!! :)

    ReplyDelete
  4. Kenapa x de ruang chat sini ya? Psl bas ni.. akak dah btukar pd LRT putra. Peak hour mmg sendat, siap ada kes cabul lg.. tp kami duk gombak, masa balik je kena sabar..

    ReplyDelete
  5. hohoho~


    gitulah kalau kite naik knderaan awam. hurm

    ReplyDelete
  6. mcm tu laa sy keje selama 2 thn...mcm ragam manusia tau..

    ReplyDelete
  7. nape plak tak de mood nak konvo nihhh? :(

    ReplyDelete
  8. @Nik:
    Haaaa Nik..tau xpe...
    Memang dah mcm tu ragam pemandu bas...
    Bukan reti nak menjerit suh orang pergi belakang
    Lamanya Nik tunggu..sampai 2 jam. Tabah betul.

    Ya..nantikan segmen ragam manusia yang seterusnya ya =)

    @Frodo Baggins:
    Tak hilang la..
    Ada je =)
    Ermmm...orang Malaysia kan kebanyakannya berbudi bahasa 'tinggi'..sebab itulah jadi macm tu.

    ReplyDelete
  9. @ n n:
    Thanks Nab =)

    @CgMas:
    Chatbox bnyk spam je..
    Trus remove =P
    Ada kes cabul lagi? huishhh...berani betul org tu. Tak beragak. Mmng mcm2 peristiwa boleh jadi dlm pengangkutan awam ni.
    Seram!!!!

    ReplyDelete
  10. @python:
    Thanks!!! =)

    @MissLolly:
    Gitulah dia...

    @MerahItuJambu:
    Skrg kita dah senasib...Huuuu

    @ielah:
    Tak dtg lai aura nk konvo..huuu

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~