img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Friday, March 12, 2010

~Bahana Menghambakan Ibu Seperti Orang Gaji~

Salam Jumaat =)

Hari ni super duper panas kan? Ingt saranan sy, gunakanlah payung ya. Demi mengelakkan diri dari terkena kanser kulit dan penuaan sebelum waktunya.

Seperti yg dijanjikan, hari ni nak berkongsi cerita pasal ceramah yg sy dgr ahad lepas. Masa ceramah hari tu, ustaz dtg lambat. Bila sampai je, ustaz tu bercerita yg mulanya dia nak batalkan kelas sebab ada halangan besar yg menimpa. Tapi, dgn izin Allah hati ustaz tu dikuatkan untuk memberi syarahan pada kami.
 


Alkisahnya, pagi tu ustaz tersebut dikehendaki menguruskan satu jenazah. Bila nak dimandikan, tiba2 entah dari mana tumbuh cacar2 di badan jenazah tersebut. Walhal sebelum meninggal, xde pun. Jadi, proses nak memandikan jenazah menjadi sukar. Tambahan pula, cacar tersebut berbau busuk dan menurut ustaz tersebut, beliau terpaksa merendamkan tangan dalam air limau dalam jangka masa yg lama untuk menghilangkan bau busuk itu.

Menyingkap kisah yg menyebabkan peristiwa tersebut berlaku adalah bertitik tolak daripada perlakuan lelaki itu sendiri. Dia menjadikan ibunya seperti orang gaji. Disuruh buat itu, ini, pendek kata macam2 la kerja kena buat. Sampai satu tahap, bila mak dia buat salah...DILUDAHNYA mak tersebuat. Ya Allah, apakah itu perlakuan murni seorang anak terhadap mak yang berpenat lelah mengandungkan, menyusukan, membesarkan, dan mendidik anak sehingga berjaya? Itukah balasannya? Terkedu kami semua mendengar cerita ustaz tersebut. Berair mata ni. Bayangkan hati mak tu macam mana. Dulu masa kecik, nak ditamparnya tangan anak tu sebab ada nyamuk pun xsampai hati. Bila anak tu dah besar, kaki dibagi sebagai balasan pengorbanan murni seorang wanita yang digelar mak. Ya Allah......

Tujuan entry ni ditaip bukan untuk mengaibkan. Malahan sy pun xmengenali arwah. Hanya ingin berkongsi cerita tauladan. Allah punya kuasa yang maha besar untuk menurunkan hukuman secara tunai. Tak perlu tunggu hari pengadilan di padang masyar. Nak2 kalau kita buat salah pada mak atau ayah kita. Sayangilah mereka ketika ada. Bahagiakan hati mereka. Moga dengan itu, kita sama2 menjadi anak yg soleh dan solehah. Ambillah iktibar dari apa yang telah dialami oleh lelaki tersebut.

Jumpa lagi d lain entry. Salam

*syurga d bawah tapak kaki ibu*

12 comments:

  1. Ya Allah..paling tatahan tgk kalo anak yang derhaka kat mak sendiri..huhu..mintak di jauhkan..

    ReplyDelete
  2. ya Allah..sampai hati seorg ank membuat begitu kepada seorg ibu yang penah lelah melahirkan..menyusukan..membesarkan..
    tidakah dia terpikir suatu hari dia jugak bakal menjadi ibu..tuhan balas ats dunia je..=(

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Allah itu maha adil..balasan pasti diterima..
    nak tinggi sora ngan mak pun aku takut..masya Allah..mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  4. isk...insaf baca entry ni anna.. :(

    ReplyDelete
  5. ezzati:
    Tulah kan..
    Smpai hati dia buat kat mak sndiri mcm 2...

    ReplyDelete
  6. merahitujambu:
    Kalo kita buat salah kat mak ayah..mmg Allah bayar ash...
    hidup pun tak tenang

    ReplyDelete
  7. AtieAbid:
    Kan?
    Bila dah buat salah kat ibu, even tinggikan suara.rasa bersalah gile2..
    inikan pulah sampai tahap meludah...
    mntak dijauhkan..............

    ReplyDelete
  8. Ielah:
    fyi, berair mata km masa taip entry ni..
    sebakkk :(

    ReplyDelete
  9. bakal dibereskan..
    tq!
    penderaan yg direlakan..
    =)

    ReplyDelete
  10. emm
    tak ptot kan
    follow me back ya :D

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~