Tak ada manusia yang sempurna. Sebaik manapun seseorng tu, akan ada juga cacat celanya. Tapi, orang akan tgk pada cacat celanya, dan bukan pada kebaikannya. Itulah hakikat dan realiti dunia. Tulah sebabnya muncul peribahasa gajah depan mata tak nampak, tapi kuman seberang laut nampak pulak. Salah dan kelemahan orang lain nampak je, walaupun cuba ditutup semahu mungkin. Tapi, salah dan kelemahan sendiri dah terang lagi nyata, buat dek ...konon suci dari sebarang dosa dan kecacatan.
Mahu tak mahu, inilah yang terpaksa kita hadapi sama ada kita sedar ataupun tak. Akan ada spesies manusia yang hanya tahu mencari kelemahan org lain. Walhal, semua manusia memerlukan masa untuk melakukan perubahan. Bukan boleh sedetik kata hati nak berubah, tup2 dah diperkenankan. Tak ada satu benda pun yang senang nak dapat. Semuanya memerlukan masa dan kesabaran. Tapi, faktor luaran macam manusia yang dok tgk kelemahan org lain ni sedikit sebanyak mencairkan rasa sabar yang tak berapa nak membukit dalam diri.
Kata orang, lama-lama kalau dah penat mulut tu dok bercakap nanti berhenti la dia. Tunggu dan lihat. Hanya masa yang bakal menjadi penentu. Wallahua'lam.
Berusaha jadi setabah matahari. Biar orang asyik 'mengata' dek tak tahan kepanasannya, namun tetap memancarkan cahaya untuk menerangi bumi di waktu siang.
*Manusia yang beriman dan tenang hatinya adalah apabila dikurniakan sesuatu yang menggembirakan, dia akan tersenyum lantas mengucapkan syukur, dan dalam masa yang lain apabila ditimpa musibah dan kesedihan dia akan turut mengukir senyuman dan redha*
itu laa manusia..x penah senang melihat org lain senang..xpenah puas apa yg ada..pasti ade je x kena..
ReplyDeletehem..tu la pasal...
ReplyDeletelayankan je apa yg dia nk ckp..jaga hati n hormat pnya pasal...
Di mana saja kita pergi, dengan sesiapa saja kita berkawan, tentu ada org2 yg berperangai pelik..pelik kalau tak menyusahkan orang tak apa juga..hohoho..sabar je la..
ReplyDeleteYup btol 2...
ReplyDeletemacm2 karenah manusia yang kita kwan...
Tp kalau hidup xde dugaan xsyok pulak hihi