img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Tuesday, December 8, 2009

~Bersediakah Kita???~

Salam…

Pasti anda mengetahui berita tentang dua sahabat yang maut terkena serpihan runtuhan apabila kereta yang rosak tiba2 berfungsi lalu merempuh dinding kompleks membeli belah yang mereka kunjungi.  Anda juga pasti tersentak bilamana sekali lagi jenayah ragut telah mengakibatkan melayangnya nyawa si suami manakala si isteri dalam keadaan parah (shngga cerita ini ditulis).  Begitulah tanpa kita sedari maut ada di mana-mana. Kadangkala tanpa kita sedari seperti contoh cerita dua sahabat tu. Tidak pernah terlintas di fikiran kita, bahawa akan berlaku ‘kereta terbang’ di kompleks membeli belah. Tapi itulah kuasa Allah.  Tiada siapa yang boleh menafikan kekuasaanNya. Bila Dia berkata jadi, maka jadilah ia (Kun fa ya kun)

Nyawa boleh ditarik bila2 masa dengan izin Allah. Bersediakah kita untuk menghadapi kematian?? Satu soalan yang wajar direnung bersama. Dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, ajal boleh datang menjemput dengan malaikat Izarail sebagai perantaraNya. Jadi, haruslah kita bersedia untuk menghadapi kematian yang sememangnya pasti datang. Cuma tidak diketahui  masa kematian kita itu cepat ataupun lambat.

Sentiasalah mengingati mati walau di mana kita berada. Mengingati mati itu adalah perkara yang baik malah dituntut oleh agama. Semoga kita semua dijemput pulang kepada pencipta dengan keadaan yang baik, amen.



*Ingin memetik kata2 dalam novel trilogi ‘Bagaikan Puteri’ karya Ramlee Awang Murshid. “Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah”*  

*Penggunaan ayat2 yg formal krn dirasakan bersesuaian dgn entry*

5 comments:

  1. SDEY NYE..HUHUHUH..AKU XBERSDIA AGI..TATOT!!!

    ReplyDelete
  2. mesti sy th..sbb masa blaja lu slalo rayap kt kb mall..pastu ade kwn bagi th awl2 pasal mena ni..sbb die tersekat jem di kb mall aritu.=)
    kasihan yg jadi mangsa..takziah buat keluarga mangsa

    ReplyDelete
  3. nisha:
    me 2....blom bersedia n mmng takot nk menghadapi kematian...

    Cik Merah:
    o..ye ke...moga2 roh mereka ditempatkan di kalngn org2 yg beriman..ameen

    ReplyDelete
  4. kematian adlh perkara yg paling hampir dgn manusia di dunia ini..

    * sedih jugak dgn berita kematian suami selepas 3jam akad nikah. tau x brite ni?? =(

    ReplyDelete
  5. ned~Ya:

    yup2..baca berita 2...
    mmng menyedihkan...
    pengantin prmpuan 2 mmng teruji dgn ujian yg cukup berat...semoga dia tabah menghadapinya...

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~