img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, December 31, 2009

~Azam..oh Azam~

Salam...

Herm...tggl g brapa jam je nak masuk tahun baru 2010. Excited? Sedih? No comment? Haha, xtau nak gambarkan perasaan nak masuk tahun baru ni. Tapi, nak xnak, suka ke x, tahun 2010 tetap dtg dlm beberapa jam lagi :)

Apa azam tahun 2010? Seperti yg sy tulis dlm entry yang lepas, ada beberapa azam baru yang nak saya capai tahun 2010 ni. Ye la, tahun 2010 ni la sy dengan rasminya graduate drpd belajar (InsyaAllah kalau xada aral melintang).



1) Blaja sehabis baik untuk sem terakhir ni. Dlm perancangan jngka pndek ni, mmng xterfikir nak sambung blaja master. Mngkin sem ni adalah sem terakhir sy bergelar pelajar. So, kalau boleh sy nak ada kenangan manis yg boleh sy ingt sampai bila2, semasa sem akhir ni :)

2) Kerja. Part ni mmng seboleh2 nya nak capai ASAP. Kalau boleh, hari ni hbs blaja, rehat seminggu trus kerja, InsyaAllah. Cepat dpt kerja, cepat la sy menghulur duit sndiri untk abah n ibu sy :) Tak memilih sgt kerja, tapi kalau boleh biarlah related ngn apa yg sy blaja. Mcm kerja kat audit firm ke, bank ke. Doakan sy ya readers :)

3) Amalkan gaya hidup yg sihat. Baik dari segi makan, kebersihan, tubuh badan. Tahun meningkat, umur pun meningkat la kan. So, bila umur da meningkat ni, penyakit senang nak dtg kalau xjaga diri. Selain itu, kalau boleh nak truskan impian jadi vegetarian. Memng banyak kelebihan jadi vegetarian walaupun xdapat nak menikmati ayam KFC lagi..hehehehe.

4) Menepati masa. Erm, tang ni susah sket nak capai. Tapi kena kuatkan disiplin. Dalam islam pon mmng menekankan setiap individu harus sygkan masa. Masa ibarat pedang yang tajam. Kalau xjaga betul2, Pedang itu yang akan makan diri kita. So, mula je detik 1.1.10, sy nak jadi manusia yg sygkan masa, tepati masa, dan xbuang masa :) (Mencabar tu..hii)

5) Hermmmmm...nak cari pasangan hidup. Sy rasa xover kot kalau sy masukkan ini sebagai azam. Tahun 2010 sy da umur 23 tahun. Dah nak hbis blaja lg. Bak kata ibu sy, kena cepat2 cari pasangan. Sy pon pelik, entah apa la yg ibu sy 2 dok kalut sgt. Tapi, bila fikir2, ada gak rasional nya. Kalau dah kerja, sebok ngan kerja je plak kan. Bila masanya pulak nak carik, kalau dah macm tu. Apa2 pun, sy xla desperate nak ada seseorang yg istimewa (Fulamak ayat) dlm tahun ni jugak. Tapi, kalau dapat, alhamdulillah :) Prinsip sy 1 je, sy nak cari org yg boleh terima sy seadanya. Sebab xsemua manusia 2 sempurna.

Tu la azam sy tahun 2010. Harap2 sy dapat capai semua yg dah sy senaraikan. Tapi, Allah juga perancang yg terbaik. Teliti la macam mana pon kita buat rancangan, tapi kalau Allah xizinkan, xkan tercapai jugak apa yang kita rencanakan. Harapan sy untuk tahun baru yang bakal menjengah ni, semoga tahun 2010 menjanjikan kebahagiaan dan kebaikan buat saya dan semua pembaca. Sama2 kita doakan yang terbaik :)

Okeh semua, jumpa lagi d lain entry. Jaga diri, hiasi peribadi.

Salam.

*Sambut kat mana tahun baru ni??? Sy sambut d bilik je. Lebih selesa dan menyelesakan hahaha*

12 comments:

  1. Cik Epal:
    Kan...tempat plng heaven :)

    Miszirdawaty:
    Yeayyy..azam kita sama :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cri pasangan tuh mmg betol... harus crik cepat.. uhuhu

    ReplyDelete
  4. Frodo Baggins:
    Wahhh azam..xtahan :P
    Happy New Year juge

    Afiq:
    Btol3 :)

    ReplyDelete
  5. hepi new year!!
    moge dapat capai segala azammu.. chaiyok!

    ReplyDelete
  6. salam kak ana. alamak zam baru kak ana banyak nyer. hope sume leh tercapai la yer. erm akk nak abeh blaja dh ker? cpt nye la kan masa berlalu. pape pon selamat tinggal 2009 n selamat tahun baru 2010 tuk kak ana.

    ReplyDelete
  7. Ned~Ya:
    Happy new year...
    yupppp...kena kerja keras ni...
    xmo azam tnggal azam je :)

    Amalina:
    Salam...azam harus bnyk...capai ke tak, belakng kira :)
    Hopefully tercapai la kan...
    Happy new year juge :)

    ReplyDelete
  8. slmt tahun baru farhana:)
    semoga tercapai semua azam tahun baru...
    (^__^)

    ReplyDelete
  9. happy new year & mudah mudahan tercapai apa yg kamu impikan :)

    ReplyDelete
  10. Aini Rasyidah:
    Thx :)
    u 2..happy new year :D

    Angah Iza:
    Yeah..harap2nya..
    Happy New Year :)

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~