img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Thursday, January 1, 2015

Muka Surat Satu

Assalam,


Selamat Tahun Baru 2015 semua! 

Apa azam tahun ni? Azam saya, untuk selesaikan azam tahun 2014 yang banyak tak selesai. Paling penting, semoga kerjaya makin mantap, menggembirakan abah ibu serta ehem, berjumpa lelaki macho yang sesuai dibuat suami. Ibu dah bising. Jadinya, kena lebih usaha (mencari), lebih doa, supaya tahun 2015 ni dapat naik pelamin. Cepat aminkan =D

Moga blog ini juga tidak terabai seperti tahun 2014. Sadis melihat entry yang terkarang. Sadis lagi melihat statistik.

Saya mendoakan yang terbaik juga untuk pembaca blog ini. Kita usaha sungguh-sungguh sebab dikhabarkan tahun 2015 ni tahun yang mencabar. Allah juga yang maha membantu. Tugas kita adalah cuba dan terus mencuba untuk capai yang terbaik.

Selamat maju jaya <3

Sunday, December 21, 2014

~Semalam Dalam Sejarah~

Assalam,

Saya ni jenis yang simple. Kalau nak keluar pergi mana-mana pun bersiap paling maksimum kurang dari 15 minit (termasuk tempoh meng iron baju bagai). Tak macam sesetengah orang yang kalau tak cukup sejam, masih lagi melekat depan cerman. Blergh. Hi adikku =P

Tapi semalam entah kenapa, rasa macam nak melawa sikit. Nak try test cuba tudung yang baru dibeli di Benang Hijau. Ambik kau, dekat 15 minit hanya untuk pakai selendang. Style tu tak kena, style ini macam tak selesa, akhir sekali tercipta lah style seperti ini:


Excuse the fatty me. Tahun depan la diet. Kbye.

Ok la sekali sekala nak lain sikit. Adik saya dua tiga kali cakap "ko nampak lain la" "cantik la macam ni". Alahaiiii, malu kita tau. Tak biasa la kena puji ni. Biasa puji diri sendiri je hahaha.

Tips: kalau nak buat pelbagai gaya untuk tudung, adalah lebih baik kalau beli selendang/tudung yang bidangnya lebar. Supaya dapat menutup bahagian yang sepatutnya ditutup. Tudung bukan sekadar menutup rambut, tapi perlulah dilabuhkan sehingga menutup dada.
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” (An Nur:31)

Saturday, December 20, 2014

~Selamanya Harimau Malaya~

Assalam,

Permulaan yang baik tak semestinya menjajnjikan pengakhiran yang baik. Begitulah yang terjadi kepada pasukan Harimau Malaya. Sobs!

Walaupun sekadar menonton di rumah, aura perlawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand begitu kuat sehingga kadangkala terlajak menjerit. Mujur jiran sebelah tak ketuk pintu rumah, hehe.

Ok, kembali kepada perlawanan tadi. Pada saya, pasukan Harimau Malaya dah buat yang sehabis baik pada perlawanan masa pertama sehingga meninggalkan pasukan lawan 3-0. Mungkin kerana rasa yakin boleh usung piala, mereka dah hilang fokus lalu memberi peluang kepada Thailand untuk menjaringkan 2 gol di minit-minit terakhir. Disebabkan agregat 4-3, Malaysia terpaksa meredhakan piala Suzuki ke tangan Thailand.

 Gambar dari laman web AFF Suzuki 2014

Sedih mak, nak! =(

Apa pun, sokongan tetap kepada Harimau Malaya. Teruskan usaha, insyaAllah kejayaan yang lebih besar akan menyusul =D

~Fenomena Festival Jualan Akhir Tahun~

Assalam,

Mata tak boleh lelap. Mungkin sebab terlalu penat. Pengalaman saya, kalau penat sampai tak boleh tidur walaupun tahap mengantuk dah paling tinggi ni sebab penat melampau.

Penat melampau buat apa tu sampai tak boleh nak tidur? 

Penat merempuh orang ramai yang seakan menggila di Festival Jualan Akhir Tahun (YES Festival). 

Pernah tengok tak filem Confession of Shopaholic yang adegan orang ramai sedang beratur tunggu pintu nak masuk untuk satu jualan murah ni. Lepas tu, tiba-tiba ada satu pintu baru yang dah dibuka. Orang ramai bertempiaran lari sambil menjerit menuju ke pintu itu untuk merebut baju, kasut, beg dan segala macam lagi item yang kebanyakannya memang digilai kaum wanita. Haaa, macam tu la apa yang saya saksikan tadi. Dengan berlari-lari penuh semangat naik eskalator nya, dengan menjerit-jerit dah macam kat stadium bola (walhal hampir100% yang beratur adalah kaum wanita), bertolak-tolakan tak payah cakap. Memang tudung saya dah senget benget masa beratur nak masuk pintu utama.


Punyalah dahsyat penangan Jualan Akhir Tahun yang dianjurkan Mood Republik ni. Penangannya dahsyat sebab kebanyakkan yang sertai festival ni adalah peniaga yang dah memang terkenal di alam maya. Sebut je nama Calaqisya, Bella Ammara, Tudung People, Zawara, Benang Hijau, mesti ramai yang kenal. Peniaga-peniaga ni letak harga lori terbalik hehe. Murah lah maksudnya tu. Mana tak berebut. Tu belum lagi dengan ada setengah peniaga yang jual jubah 2 RM50 beli 4 dapat percuma 1! Gila lagi menggilakan.

Nasib baik lah dapat tahan nafsu dari belanja besar. Kena berjimat cermat ni. Tak boleh boros sangat hehe. Masa berjalan sekitar booths tadi pun guna pendekatan sila-istighfar-banyak-banyak-jangan-ikut-nafsu.

Kepada yang nak merasai pengalaman membeli-belah dengan peniaga-peniaga top di alam maya ni boleh la serbu PWTC dari Jumaat (19 Disember) hingga Ahad ini (21 Disember) dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Apa yang seronoknya pada saya ialah kita boleh rasa dan lihat sendiri kualiti fabrik sebelum membeli. Kalau di alam maya ni; dah bayar, tunggu barang yang dipos sampai, bila dah sampai barulah dapat rasa kualiti fabrik. Kadang-kadang mesti akan ada rasa tak puas hati kalau barang yang sampai tu tak sama macam apa yang kita harapkan. Jadinya, gunakan peluang yang ada ni untuk membeli barangan keluaran peniagan alam maya kegemaran anda. 

Bukan itu je, penganjur festival ini sebenarnya menganjurkan festival yang berbentuk kebajikan. Sebahagian keuntungan peniaga-peniaga ni akan diinfaqkan kepada mereka yang memerlukan. Misi penganjur, 1 majlis (event) 1 madrasah, insyaAllah. Secara tak langsung kita yang berkunjung dan membeli ni pun dapat menyumbang. Barang dapat, saham akhirat pun dapat. Bijak bijak bijak bak kata ahli parlimen iklan Fernleaf :)

Apa yang pasti, esok insyaAllah kena pergi lagi sebab beli kasut yang saiznya sebelah lain. Sobs!

Sunday, September 21, 2014

Ayam Penyet Terlajak Sedap

Assalam,

Jumaat lepas teringin sangat nak makan ayam penyet. Selepas buat carian google (yes, imma nerd like that. Semua benda nak google) maka saya dan adik saya menuju ke Dapur Penyet yang terletak di Maju Junction Mall.

Lokasi best, meja makan banyak. Ada yang berhawa dingin, ada yang open air. So, boleh pilih tempat makan mana yang berkenan. 

Makanan di sini tak ada yang set. Means, lauk lain, nasi lain. Kalau nak tempah add-on macam kangkung ke, udang petai ke, boleh saje. Alahai, menaip pun dah tertelan air liur.

Okeh, ini menu pilihan saya.

Dah kata teringin makan ayam penyet, harusla pilih ayam penyet kannn...
Ayam penyet: RM8.90
Nasi putih: RM1.80

Bagi close up sikit. *lap air liur*
Dalam menu ni ada kangkung rebus, timun, tempe, tauhu dan watak utamanya ayam penyet.
Yang tak bestnya, tempe ada seketul, tauhu pun ada seketul. Kenapa tak berketul-ketul? Sobs. Ok, syukur.

Yang bestnya, kat sini kalau nak makan extra sambal dan sup kosong, ada satu sudut yang memang khas untuk refill. Ambil la sebanyak mana pun. Sambal dia memang thorbaik! Pedas dia sampai tangan rasa berapi! *lap air liur lagi*

Ok, air pulak.

Pilihan saya: Ehem, Teh Botol (for the win bebeh) RM3.50
Pilihan adik saya: Teh ais 3 layers. RM4+. Sodapp
Tiada dalam gambar, air suam dan ais kosong. masing2 RM0.40

Komen saya, kedai ni bolehlah dikunjung lagi buat kali kedua, ketiga, ke.... selagi rasa makanannya sedap macam ni. Haihhhh, sedapnya sambal dia... Oh ya, sambal ayam penyet tu ada dijual jugak tau. Satu botol RM12. Kena beli nih!

Ok lah, nak makan. Menaip pasal makanan ni mencabar betul. 

Bye.

Tuesday, September 9, 2014

The Secret

Assalam,

Dalam hidup kita perlukan motivasi. Sebab apa? Sebab hidup kita ni umpama kenderaan. Tanpa minyak, kenderaan tak boleh bergerak. Macam tu jugak dengan hidup kita. Tak ada motivasi, hidup jadi lesu, tak ada arah tujuan, tak ada pemangkin semangat, senang kata semua kosong.

Dalam era yang kini semuanya IT (anda klik, anda dapat sumber), anda boleh mendapat motivasi di mana-mana. Contoh: Instagram. Kalau follow page motivasi, berlambakan quotes yang super duper best. Selain itu, my fav source of motivation is youtube. Kat situ lagi lah. Taip je 'motivasi'. Terbuntang mata dengan pilihan yang ada. Pilihlah nak tengok video motivasi ke, atau nak tengok video cara memasak spaghetti. Ops =P

Ok, nak share video ni. Disarankan tengok. Tengoklah. Tak lama pun. 1 jam 30 minit sajo. Lebih kurang tengok KL Gangster 2. Yang bestnya, kalau tengok video ni, motivasi anda akan meluap-luap untuk capai apa yang kita cita-citakan. Banyak ayat best dalam ni.

Taraaa. The Secret: Law of Attarction.



Focus, Visualize, Believe = You Will Get What You Want =D


Wednesday, September 3, 2014

Tuesday, September 2, 2014

Selamat Datang September

Assalam,

Dah bulan September! Cepatnya masa berlalu sampai tak sedar Januari ke Ogos bagaikan lintasan kilat lajunya. Orang cakap, kalau tak sedar masa berlalu maksudnya hidup kita ni riang ria gembira. Sepertinya hari-hari hari raya. Orang lah cakap. 

Alhamdulillah untuk 240+ hari dalam 2014 yang telah dilalui ini. Bukan setiap hari seperti hari raya. Ada jugak harinya yang bermuram durja. Terima kasih ya Allah kerana telah menetapkan hari-hari tertentu untuk membuatkan ku termenung memikirkan dosa, dan halatuju hidupku.

Berbaki 120+ hari lagi sebelum 2015. Banyakkah pencapaian ataupun goresan azam di buku impian 2014 menandakan dah berjaya terlaksana? 

Saya? Belum banyak. Sangat tak banyak.

Tersentak bila tersedar lagi 4 bulan je nak ke 2015. Dah tidur panjang sangat. Sangat-sangat panjang. Seolah-olah hidup ni memang untuk tidur saja perilakunya.

Badan tak kurus lagi. Kerjaya belum betul-betul hebat lagi. Bakal suami belum jumpa lagi. Eh?!

Sekali lagi, terima kasih Ya Allah untuk kesedaran itu. Tak terlewat lagi nak kejar impian, nak kejar azam . Better late than never.

Bangkit. Usaha. Usaha lebih keras. Hidup untuk berjuang. Apa yang paling penting; azam paling utama ketika ini, nak buat abah dan ibu senyum. Senyum lebih lebih lebar.

InsyaAllah, ameen ya rab.

Motivasi September. Moga ada rezeki ke sini. Tak jauh. Bangsar sajo.
Sumber gambar: Google.

Thursday, August 21, 2014

~Ayam Masak Halia~

Assalam,


Lama betul dah tinggalkan dunia blog. Banyak benda nak share tapi malas sangat nak taip. Ecehhh, kalo taip panjang-panjang kat instagram tak pe pulak ye? Hehe.


Ok, entry terkejut ini khas dikarang untuk share resepi, Konon-konon dah hebat masak, tapi sebenarnya nak share sebab ni resepi yg first time cuba. Kalau tak, mesti setiap kali nak masak ayam, akan jadi ayam sambal cili padi atau...ayam goreng. Tak pernah berani nak cuba resepi baru.


Hari ni macam teringin nak makan lain sikit. Godek-godek kat internet, terjumpa resepi ayam masak halia.


Setelah hampir setengah jam berperang, inilah hasilnya!


Taraaaa!!!!




Rasa? Ehemmmmm... Haruslah sedap! (Angkat bakul sendiri)


So, terimalah resepi ayam masak halia yang semudah 1 2 3 ini 😄


Bahan-bahan:

-Ayam dipotong kecil

-Bawang merah

-Bawang putih

-Cili padi

-Halia

*semua tu dihiris*

-Lada hitam

-Tepung jagung

-Air

-Lobak merah

-Saderi

-Garam n Gula


Cara-caranya:

1) Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia hingga naik bau dan warna keperangan.

2) Masukkan ayam, gaulkan dan masukkan air untuk empukkan ayam.

3) Bila agak-agak ayam dah empuk, masukkan lobak dan saderi.

4) Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung ikut kelikatan kuah yang kita nak.

5) Masukkan lada hitam, garam dan gula

6) siap! Hehe


Senang kan? Setakat lima steps je.


So, lain kali kena rajin cuba resepi baru sebab kalau tak cuba, sampai bila tak tau nak buat dan tak beri peluang untuk rasa masakan sendiri selain dari spesies sambal 😝


Tuesday, April 1, 2014

A.P.R.I.L

Assalam,

April tiba lagi. Moga lebih indah. Moga lebih bermakna.

*15 hari lagi*

Thursday, March 20, 2014

~Are You Ready?~

Assalam,

100 DAYS AWAY FROM.....

.

.

.

.

Imej: Google


Ya Allah, how time flies! About 3+ months before Ramadhan. Dah ganti puasa? (Tanya pada imej kat cermin sebenarnya) 

Moga Allah mudahkan urusan kita semua menjelang Ramadhan yang hampir tiba, terutama golongan yang tak habis lagi ganti puasa. Ada yang kerja bersungguh-sungguh sebelum puasa ni sebab nak ambil cuti sepanjang Ramadhan. Ya Allah, may Allah ease everything for people who has pure intention.

*Pejam celik..dah nak masuk April*

Wednesday, January 1, 2014

~Selamat Datang 2014~

Assalam,


Bye-bye 2013, selamat datang 2014. Tahun yang diharapkan penuh dengan kegembiraan, harapan baru, kerjaya yang menyinar terang, ukhwah kekeluargaan yang semakin utuh, dan azam-azam yang akan diusahakan sebaik mungkin.

Antara azam tahun 2014, nak update blog kuning ni lebih kerap. Mari kita lihat, iye ke tidak, hehe.

*Apa azam korang tahun 2014 ni?*

Saturday, December 21, 2013

~Hijau~

Assalam,

Siapa suka green tea? Kalau siapa yang suka, yeayy kita geng! 



Green tea ni sangat bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman seperti kulit jadi flawless, berat turun, detox dan macam2 lagi.

So, lets jom minum green tea. No sugar added ok. Baru bertambah syok :) 

*Bukan susah nak sihatkan diri*

Saturday, December 14, 2013

~Bring It On!~

Assalam,

What is life, without challenges? As they say, normal is boring.

True, indeed.

:)


#iLoveMyJob :))

*Cant wait for 2014*

Thursday, December 12, 2013

~Di Waktu Senja~

Assalam,

Bila datang Sabah, make sure singgah Anjung Senja. I tell you, ini port paling best untuk makan pisang cheese dan juga tengok matahari terbenam. Memang awesome!!!!


Untuk dua jenis pisang ni (Cheese dan Coklat), tak sampai RM10.00






Ahli rombongan: Mun, me, Zieyra, Ratna.

SubhanaAllah, cantik kan pemandangan waktu senja tu? Kitorang spent masa dekat 1/2 jam ngadap sunset. Memang best! Pengalaman berharga bila datang Sabah, tengok sunset yang cantik macam ni.

*Entry sabah panjang lebar kita gebang nanti ya*

Saturday, November 9, 2013

~Final One~

Assalam,


Alhamdulillah, closing period berjalan dengan lancar. Walaupun bermacam masalah timbul in between, but Alhamdulillah saya dan my team berjaya submit all reports *phew*. 

Dan, ini adalah closing period terakhir saya. 

Yes, saya akan berhijrah ke tempat baru untuk mencari rezeki, dan juga menimba pengalaman yang baru. Walaupun hati saya meronta dengan rasa tak sabar nak mula kerja baru, tapi di sudut hati yang paling dalam, tetap ada rasa sedih. In fact, superior saya dah start buat drama sedih walaupun disampaikan dengan intonasi ceria. 

Well, life must go on. That's life. You must leave something you like in order to get something better.

*Hijrah untuk sesuatu yang lebih baik sangat-sangat digalakkan, rite? :) *

Tuesday, November 5, 2013

~Medan: Day 1~

Assalam,

Remember this?

Haha, da nak masuk tahun baru 2014, cerita pergi Medan pun tak habis update lagi. 

Ok, jom baca :)

Hari 1:

Sampai je kat airport, kami punya pak supir dah sedia menunggu. Mungkin kerana tengok muka kami yang dah macam kelaparan, pak supir (lupa nama, tapi dia sangat sangat baik, alhamdulillah) terus bawa kami ke sini:


Specialty nya haruslah nasi soto. Amagad, super duper sedap! Sup dia sedap, and sambal dia super pedas. Sangat kena dengan selera. Harganya lebih kurang je dengan makanan di Malaysia. 


 Nasi soto = Nasi + sup

Lepas tu, kami terus bergerak menuju ke kawasan Tasik Danau Toba/Samosir. Perjalanan dari Kota Medan ke sana, boleh tahan jauh. Saya tidur bangun tidur bangun tidur bangun pun tak sampai lagi. Lebih kurang 4 jam lebih perjalanannya. 



Sebelum sampai ke Tasik Danau Toba tu, kami singgah kejap ke satu kedai yang menjual produk ala-ala kacang tumbuk. Macam-macam jenis. Rambang mata dibuatnya. 




Kemudian, perjalanan diteruskan ke Samosir. Untuk ke sana, kami perlu menaiki feri. Sementara tunggu feri, kami singgah untuk makan tengah hari. Di sini, kami berpeluang makan di restoran minang; dan baru tau yang cara hidangannnya adalah makanan diletakkan banyak atas meja.


Tips: Makan hanya makanan yang nak makan je. Yang tak nak, jangan sentuh. Pekerja kedai tu akan kira lauk yang kita makan saja. 

Perut dah kenyang, so, kami semua naik la ke feri untuk ke seberang. Perjalanan lebih kurang 20-30 minit, macam tu. Pemandangannya, subhanaAllah sangat cantik! Macam kat New Zealand. Apa yang anda nampak dalam gambar hanya 1% dari kecantikan sebenar. Kamera pun tak dapat nak tangkap whole picture of the scenery. Tak habis-habis memuji kekuasaan Allah masa tu. Itulah salah satu kebaikan berjalan ni. Jauh perjalanan, luas pengetahuan, lagi tinggi rasa bersyukur dengan segala yang Allah ciptakan. 






Dah sampai ke seberang, atau nama tempatnya Samosir/Parapat, pak supir bawa kami berjalan ke satu kawasan jualan. Pesannya, kalau nak beli barang kat situ, boleh beli, tapi harganya lebih mahal. So, be wise :) Then, ada satu tempat sejarah. Bangunnya unik, dan ada satu patung di situ yang digunakan semasa persembahan. Kami tak tunggu persembahan tu sebab dah penat. So, terus ke resort.



Kami menginap di Samosir Villa Resort. Ya ampun, cantik bangat!!! Alhamdulillah, dapat menginap kat resort yang best, cantik dan bilik kami menghadap betul-betul ke arah Tasik Danau Toba! How lucky! 








Dah rehat bagai, kami meneruskan pencarian makan malam pula. Makanan di kawasan ini, susah sikit nak cari sebab penduduknya bukan majoriti islam. Nasib baik pak supir kitaorang berpengalaman. So, malam tu kitaorang makan nasi ayam penyet yang ori punya :)





Okeh, tamat hari pertama. 

Nantikan sambungan untuk hari kedua nanti. Nanti tu bila? Nantikannnn... :P

*Wahhh..tak sangka, berjaya jugak buat entry sepanjang ini*