Entry ini sangat panjang dan sarat dengan gambar. Dinasihatkan di sebelah ada teh o panas serta biskut jika perlu.
Assalam....
Azam tahun ni, nak mendaki sebanyak mana bukit/gunung kat Malaysia ni (or, maybe Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya) sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu sebelum usia menjejak 30 tahun (lagi 4 tahun sebelum deadline, do ur math). Jadinya, saya telah memilih beberapa rakan yang dilihat sangat berpotensi sebagai rakan kumpulan dan mencipta group 'daki mendaki' di Whatsapp untuk memudahkan komunikasi.
Dan, walla! Kami sepakat memilih Bukit Gasing sebagai tempat pendakian yang pertama.
Tak susah nak cari Bukit Gasing kalau anda dari Kuala Lumpur. Ikut saja arah Petaling Jaya, sampai jumpa persimpangan yang ada tulis 'Bukit Gasing'. Kira-kira 15 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Tak jauh rupa-rupanya dari rumah.
Yours truly.
Lynn, Mun, Echa (my lil sis) and Abbah
So, lepas ahli kumpulan semua tiba (actually kami yang paling lambat sebab, biasalah, que nak mandi la, baru nak cari stokin la, nak beli roti la, macam-macam), dengan lafaz bismillah kami mulakan pendakian kira-kira jam 9 pagi. Masa ni, terserempak dengan beberapa group yang dah mula turun. Yang bestnya, setiap kali berselisih, mesti akan ada yang ucap "hello" "good morning" ataupun "u ok?" hehe. So, polite! Kadang-kadang, dalam keseksaan menarik nafas (semput tau tak), senyuman tetap diukir bila membalas sapaan mereka. Orang berbudi, kita berbahasa, kata cikgu BM kat sekolah dulu.
Trek pendakian, boleh dikatakan 'ok' untuk kawasan yang senang, tapi.....bila sampai tempat yang agak tinggi dan bertangga, ambik kau! Sampai kena berpaut kat dahan pokok sambil hirup oksigen serakus mungkin. Nak give up pun ada. Tapi bila memikirkan bila lagi dapat peluang nak daki Bukit Gasing sampai puncak, ku gagahkan juga diri ini memanjat tangga-tangga yang boleh tahan tingginya tu.
Di pertengahan pendakian, menemukan kami dengan taman yang sungguh cantik! Ada air terjun dan juga kawasan lapang yang saujana mata memandang. Sangat best! Jadi, kami ambil kesempatan berehat seketika sambil berposing. Well, apa gunanya kamera yang dibawa ke hulu ke hilir kan.... hehe
Pendakian diteruskan. Kami melalui jambatan gantung, dan yang paling tragis, sebelum sampai ke puncak, ada satu tangga saaaaaangat tinggi yang bila saya nampak, bagai nak jatuh jantung. Ye la, semput tak habis lagi, tiba-tiba dihidangkan dengan pemandangan anak tangga yang super tinggi. Sementara otak berfikir "lepas ni kena diet" "lepas ni kena pergi gym, kalau tak, macam mana nak fit", langkah kaki diteruskan juga memanjat anak-anak tangga tu. Kat point tu je, 3 kali saya berhenti. Ada yang sambil duduk atas akar kayu, ada jugak yang buat aksi pelakon bollywood peluk badan pokok. Belum dikira dengan muka yang memang dah penat tahap maksimum. Tragis sungguh! Mujur ada rakan sepasukan yang bagi semangat dan my adik yang jerit 'Jia Yo along' sambil cakap "sikit je lagi nak sampai" walaupun ku tahu itu semua dusta belaka.
Ini bukan anak tangga yang super tinggi tu.
Akhirnya selepas 2 jam........dah sampai puncak! =) *kesat peluh sambil minum 100 plus*
Gambar ni ditangkap oleh gentleman yang walaupun baru je jejak kaki ke puncak, tapi dengan baik hatinya offer diri untuk ambilkan gambar kami. =)
Dah lepas penat di dada, kami semua turun semula. Dalam perjalanan turun tu, sempat singgah kejap di Menara Tinjau. Ada menara untuk meninjau pemandangan sekitar Petaling Jaya dari atas Bukit Gasing.
Aktiviti menuruni bukit ni hanya mengambil masa 1 jam. Tu pun, tak terasa sangat sebab excited dah tawan puncak kononnya. InsyaAllah akan datang lagi bila berkesempatan dan akan ikut trek lain pulak sebab sebenarnya ada banyak trek untuk naik ke Bukit Gasing ni.
Tenaga yang keluar, harus diisi semula. Jadi, inilah hidangan yang terpilih. LOL!
*Lepas bulan 5 ni, boleh plan nak daki bukit apa lagi. Cant wait!*
No comments:
Post a Comment
~Ekspresi Anda~