img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, June 18, 2012

~Chef Farhana di Dapur!~

Assalam....

Farhana dan memasak, perumpamaannya seperti memanjat Gunung Kinabalu. Ingin didaki, tapi tiada kerajinan dan masa. Begitulah Farhana bila tiba tang memasak. Teringin nak cuba resepi itu ini, tapi tiada kerajinan dan masa, kononnyaaaaa =P 

Jadi bila secara tiba-tiba disuarakan hasrat nak buat breakfast dan minum petang, housemate tercengang! Apakah yang telah merasuk Farhana?! Kenapa tiba-tiba jadi rajin?! Lebih kurang macam tu lah soalan yang berlegar dalam minda mereka yang diekspresikan oleh wajah.

So...jeng jeng jenggggg =) Saya masak ini:

Murtabak maggi!!!! Thanks to Mun cz ajar macam mana nak masak =)
Abaikan kualiti gambar. Kamera ketiadaan bateri so, terimalah kualiti gambar seadanya. Hee

Untuk menu petang pembaca sekalian, Chef Farhana telah merajinkan diri memasak ini pula:

Oh tidak-tidak....roti canai tu bukan saya yang uli dan tebar, tapi ianya dibeli dari ooooooo Ayamas. Yang saya masak adalah kari ikan tongkol =)

Tq adik kesayangan sebab selalu jadi pakar tempat merujuk =)

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Chef Farhana memasak untuk tahun ini, hehe. Rasa seronok pula memasak. Apa yang penting: KERAJINAN. Sedap ke tak, belakang kira =P Jumpa lagi pembaca sekalian dengan hidangan yang lain, bila Chef Farhana rajin untuk memasak lagi ya. Kalau tak ada hidangan baru, faham-faham je la. =P

*Adakah ini disebabkan oleh rancangan Master Chef Selebriti?!*

3 comments:

  1. salam.. tq singgah blog Alycia...

    adoiii, tetiba pulak lapar tgk murtabak megi ni... sesungguhnya aku berpuasa arini sob sob..

    ReplyDelete
  2. pandainya masak..haish..sy kena belajar ni..XD

    ReplyDelete
  3. @Alycia:
    Salam....
    Hehehe... itu baru tgk gambar =P kihkih

    @merahitujambu:
    Cubaan pertama tu. jom belajar masak =D

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~