img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, June 10, 2012

~Buku Merah~

Assalam....

Azam pada diri tak nak tidur malam tadi (rujuk entry di bawah), tapi bila letak je kepala, dah rasa diri kat Korea! Bila buka mata, sayup-sayup kedengaran azan subuh. Alhamdulillah. Tak lewat sangat lagi. Usai sembahyang dan bersiap, zassssss terus kami berempat (saya, Ecah, Mun dan Zira) memecut ke Wangsa Maju untuk misi penting!

Sampai je ke tempat yang dituju, mak aihhh.....dah beratur panjang manusia yang lebih awal dari kami. Mungkin mereka sampai sebelum Subuh. Gigih!

Jadi, marilah membunuh masa dengan.....

 Tetap berwajah riang walau kena beratur panjang.

Menunggu hampir 1 jam 30 minit untuk sampai ke angka giliran ini.

Selepas buat bayaran, terus zassss ke kedai mamak. Masing-masing dah macam Hulk sebab kelaparan. 30 minit selepas itu...taraaaaaa! Dah siap! Pantas....thumbs up! 

 "Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh" =D

Alhamdulillah...semua urusan dipermudahkan. Pegawai-pegawainya pun semua mesra alam. Now dah dapat pasport. Bak kata abah, "bolehlah melancong, he he he!" =P

*nak qadha tido...sebab malam tadi tido 3 jam je. .hehehe*

2 comments:

  1. Mine dah lama expiry date.. Tapi nanti nak buat baru sebab 5 years from now, I'm planning to visit Korea. Woohoo! *Mimpi siang hari* :p

    ReplyDelete
  2. waaahh.. buku merah dah siap! selamat melancong lah ye..

    :D

    ReplyDelete

~Ekspresi Anda~