Assalam....
Singgah KFC Pudu usai turun dari bas. Di kaunter, ternampak satu menu baru. Pokkits! Nampak menarik. Harga pun menarik.
RM2.60!!!!
Tapi harga tu untuk promosi. Bermula 16 Mei hingga 24 mei 2012.
Rasanya? Awal kunyahan, rasa cheese (suka!!!) dengan salad yang segar. Di bawahnya ada ketulan ayam. Part ayam ni down sikit sebab macam terlebih masak. Jadinya, sedikit liat. Saiznya kecil, bersesuaian dengan harga promosi.
Keseluruhannya ok pada tekak saya. Kalau makan ni je untuk dinner pun dah cukup. Roti dia sedap! Apa kata mana yang dah terliur tu, singgah di KFC yang berdekatan dengan anda. Tak rugi pun cuba. Harga murah, rasa insyaAllah sedap.
Tapi selera lain-lain kan? Kalau tak sedap, jangan serbu blog saya pulak. Hehe.
*Esok Isnin [tarik nafas panjang-panjang] *
No comments:
Post a Comment
~Ekspresi Anda~