img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Sunday, May 27, 2012

~Bila Mulut Nak Mengumpat.....~

Assalam....

Pernah tak rasa, bila kita nak buat jahat, tiba-tiba terus dapat balasan. Rasa apa? 

Untuk kes saya, rasa sakit dan bersyukur =D

Tadi masa buka twitter, tangan dan mata laju je menerjah page pilihan. Bila dah terjah, mulut pun rasa gatal nak mengumpat. NOT GOOD! Tapi, benda yang tak baik la yang paling kita seronok sangat nak buat kan? Benda yang tak baik la yang kita tak jemu-jemu nak buat walau dah banyak kali dapat balasan. Ishhh *geleng kepala*

Jadinya, bila dah seronok baring, dengan handphone di tangan, mulut rasa ringan nak mengumpat. Tup..tup...baru je nak bukak mulut, dummm!!!!! HANDPHONE JATUH ATAS MULUT!!!!!!  



Sakit!!!!!

Secara automatik, terus tak jadi nak merancakkan aktiviti mengumpat. Satu, sebab Allah dah bagi peringatan secara tak langsung. Dua, sebab mulut dah sakit. Hehe.

Allah tak turunkan sesuatu musibah tanpa ada hikmahnya. Tinggal kita sendiri yang punyai akal untuk berfikir, dan juga untuk nak ambil musibah itu dari sudut positif atau negatif. Tepuk dada, tanya iman =D

*Mengumpat itu ibarat makan daging saudara sendiri. Yuksss! Jom lancarkan kempen Jangan Mengumpat, insyaAllah*

No comments:

Post a Comment

~Ekspresi Anda~