img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }

Monday, December 12, 2016

~Hai, Apa Khabar?~

Assalam,

*tiup-tiup habuk* *tepis-tepis sawang*

Haiiiii... lamanya tak bersua di hamparan kuning ini. Langsung tak ada satu entry pun di tahun 2016. Blogger apakah ini?!

Sumber gambar: Google 

Well, tahun 2016 boleh dikatakan antara tahun terbaik dalam hidup. Gradually I can find myself bit by bit. Alhamdulillah. It doesnt mean that all are rainbow, there are thunder and storm as well, but I decided to take it positively. You cannot change your past but you can always change your future. Opportunities always come to those who seek for it. And I'm a seeker for a golden opportunity :)

Working life? Alhamdulillah dah 7 bulan kerja di tempat baru. Still accounting line, cant run from it hehe. But portfolio dah lain. Dulu management accounting, now financial accounting in investment line. The one I'm looking forward to do since graduated. Alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat hati. Banyak yang perlu dipelajari and I'm enjoying it! Tipu la tak ada stress, kecewa, marah. Tipu besar tu kalau tak ada. But again, niat saya nak belajar. Allah suka kalau kita belajar dan kerja keranaNya. Hari-hari saya submit doa, moga semuanya tenang, berjalan lancar, dah dapat hasilkan kerja yang terbaik. Juga kelapangan hati untuk memahami ilmu perakaunan. Benar, pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman kerja mengatasi ilmu formal yang dipelajari dalam kelas. Again, thank you Allah for this opportunity :)

Social life? Its expanding with my new colleagues and bosses. Alhamdulillah most of them are really my happy pills when I'm at office. Kawan-kawan yang best adalah motivasi kita untuk bekerja. Bosses juga sejenis yang banyak membantu. What more to ask? Alhamdulillah :)

Love life? Hemmm...hemmmm.... Still searching for the one. My parents said that I'm 'banyak cekadak'. Banyak songeh. Hehe. Well, as cliche as it sounds, kena cari the better half yang kita senang dengan dia, sebab kita nak habiskan seluruh hidup kita bersama dia. Gituuuu. Tapi, betul kan tu? Tak kesah la kalau kawan-kawan seusia saya ada yang giat menambah ahli keluarga (tambah anak ya, bukan tambah orang rumah), as long as I'm happy with my life, I can live it to the fullest. I want to enjoy my single life this year. Hopefully tahun ni tahun terakhir la single. Tahun depan nak bina keluarga. Nak enjoy sorang-sorang tak best jugak. Lagipun, nak bagi my parents senang hati. At least anak dia yang ni dah ada kawan buat peneman hidup. Ish malu pulak type macam ni -___-

All in all, tahun 2016 ni tahun yang menggembirakan. Moga tahun 2017 juga akan menghadirkan momen yang indah serta menggembirakan. Now, I'm starting to work on my 2017. Something needs to change, and it's probably me.

Saturday, September 19, 2015

Blog Dan Kerelevenannya.

Assalam,

Lamanya tak menulis di alam maya. Alam nyata pun sama. Buku nota je yang semangat dibeli. Semangat menulis hilang entah ke mana. Mungkinkah dengan entry baru ini, membuka lembaran baru untuk mengaktifkan semula semangat menulis yang hilang itu? Kita tunggu dan lihat sahaja hehe.



Masih relevankah dunia blog? Tanya hati kecilku.

Ya, mungkin relevan untuk mereka yang rajin membaca dan juga rajin menulis. Saya masih lagi bergantung harap kepada review penulis di blog berkenaan pelancongan, hiburan, teknologi dan ehem makanan. Taip saja di carian Google pasti akan muncul jawapan kepada persoalan. Namun masih ada jawapan yang belum diketemukan lantaran kekurangan entry berkenaan topik carian.Ketika itu, azamku ingin menulis entry berkenaan topik tersebut namun azam tinggal azam. Seperti kebiaasannya :)

Blog juga mungkin kurang relevan nya berikutan kepesatan web biarlah-gambar-sahaja-yang-bercerita a.k.a instagram. Dalam laman instagram juga ada ruangan caption yang mana pemuat naik gambar (amboi skema betul term tu) boleh menaip caption berkenaan gambar (ada juga yang tak berkaitan, hashtag deep). Ada yang menaip caption sampai kena sambung di ruangan komen. Betapa panjang celoteh nak menggambarkan gambar yang dimuat naik. Jadi, apa gunanya blog? Kata mereka yang menjadikan instagram sebagai medium penulisan mereka.

Bagi saya pula, blog masih releven. Sebab 1: saya suka menulis (walaupun dah kurang sikit). Jadi, saya perlukan ruang yang cukup untuk saya ekspresikan apa jua yang saya mahu. Facebook? Terlalu terbuka. Instagram pula? Biarlah ianya ruang untuk gambar. Sesuai dengan fungsi yang sepatutnya. Sebab 2: saya perlukan maklumat. Rujuk perenggan ketiga untuk huraian. Gitu.

Panjang pula celoteh malam ini. Topik agak serius pulak tu. Lain macam hehe. Jumpa lagi nanti di lain entry. Moga semangat menulis makin menebal setebal jerebu di Kuala Lumpur. Eh?!

Thursday, May 14, 2015

Bestnya Bersangka Baik

Assalam,


Hari ni jom bincang pasal BERSANGKA BAIK (HUSNUZON). Dalam tak sedar, bersangka baik ni boleh menjadikan hidup kita aman, damai dan tenang. Nak tau sebab apa? Sebab kita tau jika ada musibah yang menimpa kita, pasti itu 'hadiah' daripada Allah untuk naikkan darjat kita. 

Macam mana tu?

Macam ni, bukankah kita selalu disogokkan dengan kata-kata sebegini bila kita tengah sedih:

"Weh, sabar ya. Sabar tu separuh dari iman". 

Jadinya, bila kita bersabar dengan kesedihan akibat musibah, tahap kesabaran kita pastinya makin tinggi. Bila sabar makin tinggi itu bermakna iman kita makin tinggi. Fuh, ibarat hipotesis di buku amali pulak hehe. Tapi, itu berbalik semula kepada konsep bersangka baik tadi. Bersangka baik ni amatlah terpuji. Lebih-lebih lagi jika kita bersangka baik kepada Yang Maha Esa. Bila kita bersangka baik kepada Allah, kita dah letakkan mindset kita siap-siap bahawa Allah dah tetapkan yang TERBAIK untuk hamba-hambaNYA. Kalau dah mindset macam tu, takkan ada lagi rasa nak marah bila orang tertumpahkan air yang kita dah sedia nak minum masa lunch, tak ada la nak maki-maki masa kesesakan lalu lintas, tak ada la nak sedih berjuraian air mata bila putus cinta. Gituuu.


Sebab apa? Sebab Allah maha tahu. Dia maha tahu apa yang TERBAIK untuk kita dan kita mesti bersangka baik kepadaNYA.

Tapi kena ingat, bersangka baik bukan saja kepada ALLAH, tapi juga kepada makhluk ciptaanNYA. Sebabnya, hablumminaAllah wa hablumminannas - Jaga hubungan kita dengan Allah dan juga sesama makhluk. Salah satu cara untuk menjaga perhubungan ini adalah dengan berbaik sangka. 




Best kan topik berbaik sangka ni. Lagi best, kalau kita praktikkan. Tak mampu buat banyak, kita mula sikit-sikit. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Jom kita bersangka baik mulai hari ini =D

Good luck! =)

*Gambar semuanya dari pakcik Google.

Tuesday, May 12, 2015

Hala Tuju

Assalam,

Sumber: Google

Tiba-tiba, jejari laju saja menaip di papan kekunci....

"Master in islamic finance" ---> enter

"Chartered islamic finance professional" ---> enter

Semenjak tamat pengajian di UKM dulu, memang tak ada cita-cita pun nak sambung master. Abah ada juga bagi pendapat untuk sambung terus ke master. Tapi alasan saya, lebih berminat untuk ambil kursus profesional kerana master mungkin lebih sesuai kalau nak jadi pensyarah. Lagipun, kalau ambil kursus profesional, adalah title CA gituuu (niat xbaik la tu, nak riak ciss).

Entah kenapa, sekarang rasa bercita-cita pula untuk sambung master. Mungkin kalau ada rezeki jadi pensyarah, boleh juga dipertimbangkan. Namun begitu, impian nak ambil kursus profesional pun ada juga. Aish, tak boleh tamak. Kena ikut kemampuan diri. Yang paling penting, nak yang mana satu.

First thing first, tanya Allah dulu. Kemudian, tanya pendapat abah ibu. 

Lets! :)




Wednesday, March 4, 2015

Resepi Sambal Kicap dan Sambal Hijau Yang Maha Senang

Assalam,

Cik kak, tajuk tu kenapa tak buat biar sampai 1KM je?

Siapa suka makan sambal? Tak kesah lah sambal apa pun. Suka? Ok, kita geng. Nak pulak kalau yang extra pedas berapi. Lagi sedap. Berair mata, berdengung telinga pun kurela. Antara sambal yang fav adalah sambal hijau yang makan dengan ayam penyet tu, sambal kicap yang selalu makan dengan sup, dan sambal hitam pahang. Ha kau, semua ada details di akhir menu. Nampak tak, betapa fanatiknya diriku ini dengan sambal hehe.

Ok, hari ni nak share dua resepi ringkas maha senang untuk sambal kicap dan sambal hijau. Ya Allah, nak taip resepi pun dok telan air liur. Sangat tak senonoh.

1) Sambal Kicap



Sambal ni sesuai kalau nak makan dengan sup, mihun goreng ke, tempe/pisang goreng dan personal fav saya, makan dengan nasi putih, ikan/ayam goreng. Wallllaaaa! =)

Resepi:

10 biji cili api
3-4 ulas bawang putih (yang besar-besar)
Kicap
Sedikit gula
Sedikit air yang dah dimasak
Limau

Cara-cara:

-Rebus cili padi dan bawang putih sampai layu sikit
-Kisar cili padi, bawang putih, kicap dan gula serta air hingga agak hancur [TIPS: kalau guna kicap manis, tak perlu gula. Jangan nak manis aje hihi]
-Perah limau ikut nak tahap masam macam mana.
-Dah siap, boleh gi makan =D

2) Sambal Hijau



Sambal hijau pulak my personal fav pun makan dengan nasi putih. Teringat kenangan di Medan, sambal kat sana memang terbaikkkk. Sambal hijau ni dah komersil. Kalau type #sambalhijau kat instagram, berlambakan peniaga online yang jual. 1 balang kecil hampir RM10. Kalau saya yang beli, silap-silap kurang 3 hari dah habis. Baik lah buat sendiri. Tak gituuuu? 
Gitewww....

Resepi:

10-15 cili padi (Nak lagi pedas, jangan segan silu tambah lagi kuantiti) 
2 ulas bawang merah sederhana besar
3-4 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Sedikit (sangat sedikit) air yang dah dimasak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara:

-Rebus cili, bawang merah, bawang putih hingga agak layu
-Kisar bahan-bahan yang direbus bersama dengan ikan bilis dan air. Jangan hancur. Biar bahan kisaran tu kasar.
-Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar hingga kering
-Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Sekali lagi pesanan saya, jangan asyik nak makan manis dan masin je. =)
-Boleh senduk nasi, ambil sambal baca bismillah.

Ok, settle dua resepi. Senang ke senang? Hehe. Nak tak nak je kan. Kalau yang jenis makan sambal ni lagi bagus kalau buat sendiri. Boleh la adjust ikut citarasa kan. 

Selamat mencuba, good luck! =D

Friday, February 13, 2015

Perihal Hidup

Assalam,

Entry kali ni bunyinya sedikit serius. Rasa macam nk buat luahan pulak malam-malam ni walaupun tak semua yang dapat diluahkan. Dah terbiasa dengan tabiat kurang suka berkongsi rasa secara terbuka. Jadi, tak tahu macam mana nak buat luahan 100%. Itu lebih baik =)

Terima whatsapp dari sahabat sekejap tadi. Berbual mengenai hidup yang sementara. Ya, serius bunyinya kan. Tapi, jujur saya akui, suka sangat bila bicara mengenai itu. Putaran waktu dirasakan begitu laju kadang-kadang sampai rasa penat nak kejar. Terjatuh, dah banyak kali. Jadi, bila ada sahabat yang sudi kongsi rasa ni, rasa seronok tu tak tergambar. Rasa seperti kiriman nasihat dan pedoman dari Allah. Sahabat sebagai perantara.

Hidup tak selalunya manis. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila nak seronok dengan dunia yang jelas sekali banyak tipu daya. Tapi, manusia tu cepat leka. Sedarnya sekejap, lalainya selalu. Itulah dia, kalau iman senipis kulit bawang kata orang.

Doa saya, moga diberi peluang dan rezeki untuk beri kegembiraan yang seluas-luasnya kepada abah ibu. So many things happened, and that is my ultimate goal. Nak bagi hati abah ibu tenang dan gembira. Ibu selalu pesan, redha Allah letak pada redha mak ayah. Masa makin suntuk, moga Allah beri rezeki dn kesempatan untuk itu, ameen.





Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Monday, January 19, 2015

Ugly Truth

Assalam,

Well, lets face it! First impression (or maybe 2nd, 3rd, 4th or even forever) is all about your appearances. Your flawless beauty face, good (the slimmer, the better) body figure is a must if you want to get attentions or even your future life partner. 

Errr, are you sure? *wink*

But then, its not the end of the world. As they say, "beauty is in the eyes of the beholder". Only true people will see the true, beauty, in you. Just go on with your life. Do something that makes you happy, as well as brings happiness to others. Our world needs more of em.


*All pics are from uncle Google.