Friday, November 30, 2012

~Bye-Bye November~

Assalam....

Fuh, masa berlalu begitu pantas! Lagi beberapa jam nak masuk bulan Disember. Lepas tu.....Januari 2013!

Tapi, salah satu bulan yang penuh dengan memori adalah bulan ini, November. :) TQ for being such an awesome month to me. Alhamdulillah.

Ok, dua lagu yang on repeat mode (sharing is caring kannn) adalah:







Okeh, kita nak balik kampung. Jangan jelesh! =P Have a great weekend! :):):):)

*Time will let us see*

Wednesday, November 28, 2012

~Blueberry Cheese Tart Di KFC!~

Assalam....

Sebenarnya ada entry lain yang dah di plan dari pagi tadi untuk di type, tapi diri ini begitu teruja nak update pasal tart yang sedap lagi lazat di KFC. 

Tahukah anda (atau saya saja yang baru tahu) yang KFC ada keluarkan satu lagi perisa baru selain egg tart? Kalau anda tak tahu, mari saya khabarkan berita gembira ini (jika anda peminat cheese seperti saya).



Blueberry cheese tart yang sedap lagi lazat hingga tak cukup satu. Believe me! Dengan harga RM2 untuk satu biji tart, anda dapat rasakan kerangupan kulitnya, dan kesegaran isi dalamnya. Apa yang saya suka dengan tart di KFC berbanding tart yang dijual di kedai lain, ialah rasa telurnya yang tak kuat. Kalau makan bila dah sejuk pun masih sedap. 100% LIKE! =)

Boleh cuba di KFC yang berhampiran (rasanya tak semua KFC ada jual tart, wish u luck, hehe) kalau ada yang dah start air liur jatuh kat keyboard. Haaa...kantoi!

*No...KFC tak bayar saya buat entry ni. Kihkih*

Tuesday, November 27, 2012

~Hari Yang Panjang~

Assalam....

Hari yang super duper penat dan dalam masa yang sama, hari yang sangat produktif, alhamdulillah. Dan hari ni juga, adalah hari yang membuatkan saya begitu menghargai nilai wang kertas berwarna biru. Ya, RM1. Note to self, kena pastikan sekurang-kurangnya RM1 (kalau RM10 lagi selamat) ada dalam beg, dan kad monorail ada nilai dalamnya. 

Baru berpeluang merehatkan diri selepas hari yang panjang dan berhasrat untuk menghiburkan hati dengan gelagat  binatang-binatang comel ini......


Selamat malam. Semoga hari esok menjanjikan hari yang penuh ceria dan kegembiraan =D

*Lately ni, selalu kena migrain. Risau.*

Saturday, November 24, 2012

~Malam Tadi~

Assalam....

Semalam sementara tengah tunggu Maharajalawak Mega, dok godek-godek aplikasi camera 360 dalam telefon tangan (hehe, pelik pulak kalau direct translate ni). Hadiah pemberian Mun dijadikan model tak berbayar. 

Lalu, terhasillah gambar-gambar ini.....

Hai! Nama pemilik saya, Farhana yang cute! Dia tak bagi saya nama pun. Tak pe, saya tak kecil hati.

Tapi....saya pun cute jugak kan? Macam pemilik saya jugak. *gelak halus*

Dengan aplikasi camera 360, pemilik saya telah tambahkan elemen colorful pada badan saya.

Sekarang saya nampak macam warna yang light.

Bila pemilik saya upload gambar ini dalam instagram, ada yang puji saya comel dan like gambar ni. Jadi, saya rasa, next time saya kena posing macam ni. =P

 Hehehehehe..... 

Camera 360 untuk android dan ios ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi, saya lebih suka ios punya sebab kita boleh upload gambar dalam aplikasi ni dan edit. Kalau untuk android, saya tak jumpa pun icon untuk upload gambar dari album. So, kena tangakp directly dari aplikasi camera 360, then only boleh edit.

Happy weekend friends! Realized, there are so many photos to transfer into my laptop; which means lots of entries still pending. Will maximize this weekend =)

*I love ME time*

Friday, November 23, 2012

~Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2~

Assalam....


22 November 2012, bermulalah tayangan sambungan filem epik Twilight Saga: Breaking Dawn part 2. Dah pasti saya antara jutaan peminat setia filem ini yang tertunggu-tunggu sambungan Breaking Dawn dek pengakhiran part 1 sangatlah menimbulkan rasa ingin tahu.

Dan taraaaa.....saya boleh katakan inilah filem yang terbaik dalam siri Twilight Saga. Masa tengok malam tadi, panggung full house, dan di akhir cerita, kami semua bertepuk tangan sebab filem ni absolutely awesome! I dont want to be a spoiler as I want u to feel how awesome the movie is. 

Go watch it! =)



 Part ni paling best! =)

My verdict: 10/10 (tak over sangat kan...hehe)

p/s: Sumber gambar dari encik Google.

*No more team Edward or Jacob*

Tuesday, November 20, 2012

~Roti Nan Terbaik~

Assalam....

Dah lama tak makan roti nan. Jadinya semalam lepas waktu kerja, dengan semangatnya merempuh jam (nasib baik tak teruk sangat) ke Sungai Buloh semata-mata untuk makan roti nan. Amboi, kalau pasal makan, memang semangat. Tu sebab badan pun semangat! 


Inilah restorannya. Restoran Thaqwa Corner, Sungai Buloh.

Sementara tunggu menu makanan yang ditempah, kami makan ini dulu! Kongsi tiga orang ok! Simpan perut nak makan roti nan hehe.



Itu dia, dambaan hati dah sampai. Saya punya, roti nan biasa bersama dengan ayam tandori. Lagi satu dalam gambar tu, roti nan bawang putih. Dua-dua sedap! Tekstur tepung tak tebal so, memang seronok la tarik-menarik dan mencicah dalam kuah kari serta dal. Ayam tandorinya, sangat best! 5 bintang!

Makanan kat sini murah je. Makanan saya: roti nan biasa, ayam tandori dan teh ais semuanya RM9.10. Senyum lebar je masa bayar.

Jemput la ke Restoran Thaqwa Corner untuk merasa sendiri kelazatan roti nan dan ayam tandorinya. Next visit, nak cuba makan maggi goreng pulak. =)

*Taip pasal ni pun, dah buatkan rasa lapar balik. Shessh!*

Monday, November 19, 2012

~Istanbul Aku Datang~

Assalam....

Dah tengok Istanbul Aku Datang? Apa? Belum? Kalau anda minat Lisa Surihani, macam saya, baik pergi tengok sebab.....Lisa sangat comel dalam filem ni!



Filem ni sangat sweet walaupun adegan romantika antara Lisa dan Tomok agak berlebihan (bf, gf manja terlampau), tapi again...Lisa sangat comel! =)

Filem ni mengisahkan mengenai gadis yang sanggup lakukan apa saja demi kekasih hati sampai sanggup menempuh perjalanan jauh dari Malaysia ke Istanbul. Macam-macam terjadi di Istanbul yang membawa kepada pertemuan antara Lisa dan Beto (terpaksa gunakan nama sebenar sebab dah lupa nama watak yang dipegang hehe). Adakah Lisa akhirnya bersama Tomok, ataupun Beto? jeng..jeng...jeng.....

Pada yang tak tengok lagi, rajin-rajinkan diri menjengah wayang kalau nak tengok wajah comel Lisa =) Filem ni sangat santai, sesuai untuk chillax kan minda lepas balik kerja.  


Bintang: 4/5

p/s: Sumber gambar dari encik Google.

*Lisa comel. =D *

Thursday, November 15, 2012

~Selamat Datang 1434H dan Derita Di Gaza~

Assalam....

Sempat baca doa akhir dan awal tahun? kalau dah baca, bagus. Alhamdulillah =) Mendalam maksudnya kan? Moga kita semua dilimpahkan rahmat Allah sepanjang tahun yang baru ini dan hari-hari mendatang. 

Kalau nak fikir balik, 1433H yang saya lalui begitu banyak ceritanya. Sedih mengenangkan lompang sana sini yang dah tak sempat nak tutup. Malah, ada yang bertambah kedalamannya -___- But, I do believe in second chance. InsyaAllah kalau kita ada usaha nak perbaiki diri, Allah akan tunjukkan jalan. 

Oh ya, sekadar perkongsian. Sekarang ni, sedang berlaku pergolakan yang dahsyat di Gaza. So, please.....kita sebagai umat Islam memberikan sokongan berbentuk doa kepada rakyat di sana. Mereka sedang berjuang untuk terus hidup. Jadi, luangkan sikit masa untuk baca doa ini.

Sumber gambar: twitter

Doa anda begitu bermakna.

*Baca hashtag #prayforgaza di twitter, membuatkan hati diruntun pilu*

Tuesday, November 13, 2012

~Yuk Gae Jang~

Assalam....

Selain daripada ramyeon atau dalam bahasa mudahnya maggi, (Pfttt...pernah terhabiskan dalam RM9 lebih untuk semangkuk ramyeon. Ingatkan ada extraordinary. Rupa-rupanya sama rasa macam maggi kari. Pfftttt!!!), satu lagi makanan korea yang boleh masuk ke tekak adalah Yuk Gae Jang atau dalam bahasa mudahnya, spicy beef vege soup.

Sup ni bukan warna putih. Tapi ala-ala masak asam pedas. Dan yes.......super duper pedas! Kalau makan ni, tak payah pakai lipstic, automatic bibir jadi merah. Try la! =)

 Tu dia set nya.
Satu mangkuk sup, satu mangkuk nasi (nampak macam sikit, tapi dalam 5-6 kali makan makanan ni, tak pernah habis nasi. Ehemmm), ubi jeruk dan apa ntah yang warna oren tu dan juga add on cili api yang tak bersentuh sebab bibir dah tebal memerah.

Bahan-bahannya: daging, sayur mayur, telur.

Percayalah, makanan ni sedap sangat!!!! Nasib baik la Pavilion dekat dengan office. Kalau rasa teringin, terus menapak ke Pavi dan menghala ke food court nya. 

Harga makanan ni RM13.60 satu set.

Berbaloi, dan sangat sesuai untuk anda yang nak test tahap mana tahan pedas. Hehe.

*Ok...tiba-tiba dah teringin.*

Saturday, November 10, 2012

~Retweet Dari Lisa Surihani (YEAYYY!!!) ~

Assalam.....

Lisa Surihani is my fav actress. Always! Dia cute, cantik, bijak, menawan, pendek kata, pakej lengkap. 

Bila petang tadi Lisa retweet my tweet, I was like, OMG!!!!! *pengsan* Walaupun sejak kebelakangan ni Lisa selalu retweet tweets her fan sebagai salah satu cara nak promosi filem Istanbul Aku Datang (saya akan tulis review nanti, insyaAllah), but hey....dari banyak-banyak tweet tu, dia pilih my tweet! =)=)=)=) *pengsan balik*

Klik gambar kalau nak lebih jelas.

Sorry....kalau entry ni macam sangat menyampah, tapi sekali sekala apa salahnya kannnnnn =P

*Terbayang lagi gaya comel Lisa dalam Istanbul Aku Datang*

~Its Official....~

Assalam....

Berita sedih di pagi 10.11.12. Bangun pagi, seperti biasa check telefon. Ok, telefon dah habis bateri. *capai charger* *charge* 

5 minit kemudian......

*capai fon* skrin masih blank. Tak ada pun sign bateri tengah charge. Ok. *cabut bateri* *on* 

Masih blank....



Its official. Dah tak bernyawa.

Sobs!

*Tak sempat nak back-up data! *nangis* *

Saturday, November 3, 2012

~Bulat VS Muncung~

Assalam....

Ibu saya adalah pengkritik tetap saya. Adik pulak, selalunya "haaa...cantik..cantik!!!" bila saya tunjuk baju yang saya berkenan. But, end up mesti akan terima kritikan "along nampak gemuk la pakai baju macam ni!". Ok ibu, fine..fine. =___=

Ibu jugak selalunya anti bila saya pakai tudung lilit atau pashmina. Rimaslah, tunggu lama nak lilitlah, dan paling common, along-nampak-bulat-bila-pakai-tudung-lilit.



Mata ibu mesti bulat je bila ber imej sebegini.

Pada suatu hari, "along, ibu ada sangkut tudung kat tepi bilik. Pilih la mana satu." Ok, excited. Tudung apa lah yang ibu nak bagi. Bila tengok je, ok..fine ibu. Akan ku sarung tudung pilihanmu.


Upload gambar ni dalam instagram. Ramai pulak yang like! Ok, 7 orang =P
Siap, ada yang setuju muka saya nampak tak bulat sangat. Kira, satu team dengan ibu la ni.

Ok, ibu menang! =D

*Selalunya, mak mesti akan menang kan. Hehehe*

Friday, November 2, 2012

~Westlife Day~

Assalam....

Salah satu band kegemaran ketika remaja (masa sekarang juga) adalah Westlife. Sedih masa Westlife umumkan yang mereka akan berpecah.Tapi.... lagi sedih bila tau Mark tu gay! -__-

So, hari ni seharian di office mendengar lagu-lagu lama mereka, sambil memikirkan apa yang nak dibuat weekend ni. Hehe.

Lagu-lagu yang menjadi kesukaan saya sampai ulang berkali-kali dan mengabaikan lagu yang lain adalah:




Bila dengar lagu ni, mesti teringat dekat seseorang yang saya jumpa tahun lepas. Hehe. Its random ok, dont spread any rumors =P



Tiba-tiba terminat lagu ni sebab liriknya yang soooo cheezy! =)

Ok...nak sync album Westlife dalam iPod.

Kbye.


*Happy weekend!!!*